Sunday, September 25, 2011

Surah Al Alaq : Ayat 1

*Notes taken by Syera:) *


Usrah hari ni kita membicarakan tentang surah Al-Alaq ayat 1-5. Surah ini merupakan surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW  juga merupakan wahyu pertama kepada baginda yang disampaikan oleh malaikat Jibrail di Gua Hira’.
Kenapa Rasulullah selalu pergi ke Gua Hira’?
Sebab masa kecil dulu hati Rasulullah SAW telah dibersihkan lalu baginda telah dihindari daripada sebarang perkara2 atau pengaruh buruk. Contohnya, ada suatu ketika baginda merasa seperti ingin mengahadiri majlis tapi ditakdirkan baginda tertidur lalu dielakkan daripada majlis berkenaan. Oleh itu, memandangkan Rasulullah SAW hidup di zaman masyarakat jahiliah, maka baginda selalu berasa tidak senang dengan perangai masyarakat di sekelilingnya. Baginda ke Gua Hira’ untuk mencari ketenangan, berfikir dan mencari solusi tentang masyarakat2 di zaman itu.

Kisah Rasulullah Menerima Wahyu
1) Menurut Aisyah r.a.,
Wahyu pertama yang mula diterima Rasulullah s.a.w. ialah yang benar
dalam masa tidur. Beliau tidak melihat satu mimpi melainkan yang dengan
jelas seperti serlahan cahaya pagi. Kemudian beliau diberi kegemaran
bersemadi di tempat yang sunyi. Beliau bersemadi di Gua Hira. Di sanalah
beliau beribadat beberapa malam lamanya sebelum beliau pulang kepada
keluarganya dan berbekal untuk itu, kemudian beliau pulang lagi kepada
Khadijah dan berbekal pula seperti itu sehingga datanglah kebenaran semasa
beliau berada dalam Gua Hira. Ia didatangi malaikat Jibril yang berkata
kepada beliau: “Bacalah!” Jawab beliau: “Aku tidak pandai membaca.” Dan
beliau bercerita: Lalu malaikat itu datang memelukku hingga membuat aku
penat, kemudian ia melepaskan aku sambil berkata: “Bacalah!” Aku
menjawab “Aku tidak pandai membaca.” Lalu ia memelukku kali yang kedua
sehingga membuat aku penat kemudian ia melepaskan aku sambil berkata:
“Bacalah” Aku menjawab: “Aku tidak pandai membaca”. Lalu ia memelukku
kali yang ketiga kemudian ia berkata:


1. (Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhan yang telah
menciptakan (seluruh makhluk).”

2. “Ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”

3. “Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah.”

  1. “Yang mengajar dengan pena.”

5. “Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”




Selepas itu Rasulullah s.a.w. kembali dengan ayat-ayat ini dalam
keadaan menggigil hingga beliau masuk ke dalam rumah menemui Khadijah
dan berkata “Selimutkan aku! Selimutkan aku!” Lalu mereka menyelimutkan
beliau sehingga hilang ketakutannya. Lalu beliau berkata: “Wahai Khadijah!
Mengapa aku jadi begini?” Kemudian beliau menceritakan kepada Khadijah
apa yang telah berlaku dan berkata: “Aku bimbang terhadap diriku.” Lalu
dijawab Khadijah: “Tidak. Senangkan hati anda. Demi Allah, Allah tidak
sekali-kali akan menghinakan anda, kerana sesungguhnya anda seorang yang
sentiasa membuat hubungan yang baik dengan kaum kerabat, sentiasa
bercakap benar, menanggung bebanan menolong orang-orang yang lemah,
sentiasa memuliakan tamu dan sentiasa menolong orang-orang yang
dilandakan bala bencana.”

Kemudian Khadijah membawa beliau bertemu
dengan Waraqah ibn Naufal ibn Mad ibn Abdul ‘Uzza ibn Qusayy iaitu
sepupu Khadijah sebelah bapanya Dia adalah seorang yang telah memeluk
agama Nasrani pada masa jahiliyah lagi. Dia boleh menulis kitab dalam
bahasa Arab dan telah menulis kitab suci Injil dalam bahasa ‘Ibrani sebanyak
yang dikehendaki Allah. Dia seorang tua yang telah buta matanya, lalu
Khadijah berkata: “Wahai sepupuku! Dengarlah cerita dari anak saudaramu
ini. Kata Waraqah: “Wahai anak saudaraku! Apakah yang engkau lihat?”
Lalu Rasulullah s.a.w. menceritakan segala apa yang dilihatnya. Kemudian
Waraqah berkata “Itulah malaikat yang diturunkan kepada Musa a.s. Aku
berangan-angan kembali muda belia, aku berangan-angan semoga aku masih
hidup sewaktu engkau diusir keluar oleh kaum engkau.” Lalu Rasulullah
s.a.w. bertanya: “Apakah mereka akan mengusirku keluar?” Jawab Waraqah:
“Ya. Tiada siapa pun yang datang membawa apa yang dibawa engkau
melainkan ia akan dimusuhi. Jika aku sempat dengan masamu, aku akan
memberi sepenuh pertolongan kepadamu.” Tetapi tidak lama kemudian
Waraqah meninggal dunia.... hingga akhir. (Hadith ini dikeluarkan di dalam
Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dari hadith az Zuhri).

2) Menurut riwayat at-Tabari dengan sanadnya dari Abdullah ibn az-
Zubayr katanya:


Sabda Rasulullah s.a.w.: Malaikat itu datang kepadaku semasa aku
sedang tidur membawa sejenis bekas dan kain beroked di mana terletak
sebuah kitab, lalu berkata: ‘Bacalah!’ Aku pun menjawab: ‘Aku tidak pandai
membaca.’ Lalu ia memelukku hingga aku sangka aku tentu mati. Kemudian
ia melepaskan aku dan berkata: ‘Bacalah!’ Aku pun menjawab: ‘Aku nak baca
apa?’ Aku jawab begitu untuk mengelak supaya ia tidak memelukku lagi
seperti tadi. Lalu ia pun berkata:
Ujar beliau: “Lalu aku pun membacanya hingga habis. Kemudian ia
beredar meninggalkanku. Aku pun terjaga dari tidurku dan aku merasa
hatiku telah ditulis satu tulisan.” Beliau bersabda lagi: “Tidak ada makhluk
Allah yang lebih tidak disukaiku dari penyair dan orang gila. Aku tidak
sanggup melihat kedua mereka” Beliau bersabda lagi: “Aku berkata:
Sesungguhnya diriku kini telah menjadi seorang penyair atau seorang gila.
Janganlah sekali-kali orang-orang Quraysy mengatakan begitu kepadaku.
Aku akan naik ke atas bukit untuk mencampakkan diriku dan membunuhnya
supaya aku rehat.” Beliau bersabda lagi: “Lalu aku keluar untuk berbuat
demikian sehingga apabila sampai di tengah bukit aku dengar satu suara dari
langit berkata: “Wahai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah dan aku
adalah Jibril.” Beliau bersabda lagi: “Aku pun mendongak kepalaku ke langit,
tiba-tiba aku melihat Jibril dalam bentuk seorang lelaki berdiri di kaki langit
seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah dan aku
adalah Jibril. Beliau bersabda lagi: “Aku pun berhenti memandang
kepadanya hingga aku tidak lagi teringat kepada tujuanku. Aku tidak dapat
melangkah ke depan dan tidak pula dapat berundur ke belakang. Aku
mengalihkan mukaku darinya melihat ke kaki langit yang lain, tetapi dari
satu arah pun yang kupandang melainkan aku tetap nampaknya. Aku terus
berdiri tidak maju ke depan dan tidak pula mundur ke belakang sehingga
Khadijah mengirim orang-orangnya mencariku sampai ke Makkah dan balik
semula, tetapi aku masih berdiri di tempatku, kemudian Jibril berundur
meninggalkanku dan aku beredar dari situ pulang kepada keluargaku”
Kisah ini diriwayatkan oleh lbn Ishaq dengan panjang lebar dari Wahb
ibn Kisan dari ‘Ubayd juga.

Apakah hakikat peristiwa ini?
1) Kenapa malaikat peluk Rasulullah SAW?
Sebab nak tunjuk yang peristiwa ini memang benar-benar berlaku dan beliau bukan bermimpi atau membayangkannya. Lagi satu, supaya untuk membuktikan bahawa Rasulullah benar2 bertemu dan berinteraksi dengan malaikat dan bukan sekadar terlihatnya.
2) Kenapa wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW?
Sebab masyarakat Mekah pada masa itu memang memerlukan dan menantikan seorang rasul untuk membimbing mereka. Rasulullah SAW telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan bumi ini. Setipa hari orang Islam menunggu apa yg ditrurunkan dari langit untuk diajar oleh Rasulullah SAW di bumi. Dengan kerasulan Rasulullah SAW, bermulalah suatu kehidupan yang berpandukan kepada asaa akidah yang benar, etc dan atas kebijaksanaan kepimpinan Rasulullah SAW dakwah Islam berkembang luas.
3) Kesan setelah kewafatan Rasulullah SAW
Ramai yang bersedih kerana semasa hayat baginda, mereka terasa hidup dipandu oleh Rasulullah SAW. Sebagai contoh:

Dari Anas r.a.. katanya: Abu Bakr telah berkata kepada ‘Umar r.a
selepas wafatnya Rasulullah s.a..w.: “Marilah pergi bersama kami ke rumah
Ummu Aiman r.a. untuk mengunjunginya sebagaimana Rasulullah s.a.w.
selalu mengunjunginya” Apabila kedua duanya datang menemui Ummu
Aiman ia pun menangis, lalu kedua-duanya berkata:
“Mengapa mak cik menangis? Tidakkah mak cik tahu bahawa balasan yang
disediakan di sisi Allah itu adalah lebih baik untuk Rasulullah s.a.w.?’ Jawab Ummu
Aiman: “Ya mak cik tahu bahawa balasan yang disediakan di sisi Allah itu adalah
lebih baik untuk Rasulullah s.a.w., tetapi mak cik menangis kerana wahyu telah
terputus dari Allah.” Perkataan Ummu Aiman itu telah mengharukan kedua-duanya
lalu kedua-duanya menangis bersama Ummu Aiman.
(Dikeluarkan oleh Muslim)

Pengajaran dari Peristiwa
Rasulullah SAW tidak pernah berputus asa. Walaupun beliau diancam dengan pelbagai dugaan namun beliau gigih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Rasul kerana beliau sentiasa percaya dengan ketentuan Allah SWT. Contohnya, merujuk pada ayat 10, surah Al-Alaq, yang menceritakan tentang Abu Jahal yang cuba melarang baginda daripada bersolat namun usahanya tidak berhasil akibat melihat seusatu yang menakutkan. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita haruslah yakin dengan ketentuan Allah SWT dan sentiasa berusaha tanap mengenal erti putus asa.

Contoh lain ialah dari kisah Nabi Yunus yang setelah berdakwah betahun-tahun lamanya tetapi dakwahnya tidak emndatangkan kesan. Lalu beliau menaiki kapal untuk meninggalkan masyarakatnya kerana beliau telah berputus asa. Semasa di dalam kapal, kapal terumbang-amabing dan beliau menjangkakan bahwa Allah SWT murka terhadap salalh seorang yang menaiki kapal itu. Lalu mereka membuat undid an setelah 3 kali ternyata beliaulah orang yang dipilih untuk dibuang ke dalam laut. Setelah dicampak ke laut, beliau telah ditelan oleh ikan paus dan terpaksa hidup dalam kegelapan perut ikan did lam kegelapan laut dalam selam berhari-hari. Semasa peristiwa ini, beliau telah bertaubat dan berserah kepada Allah SWT dan akhirnya beliau telah dimuntahkan kelaur dari perut ikan paus itu. Begitu juga dengan Nabi Musa yang tidak begitu faish bercakap namun tetap menemui Firaun untuk menyampaikan dakwahnya. Oleh itu, sebagai pengajaran, kita haruslah jangan berputus asa walau papaun cubaan yang mendatang. Kita haruslah positif kerana setipa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sekiranya kita berputus asa, lebih banyak dugaan akan menimpa tetapi sekiranya kita terus berusaha insyaAllah kita akan dibantu-Nya.

Ayat 1 Surah Al-Alaq
  •  Menerangkan bahawa segala sesuatu harus dimulakn dgn bismillah, diakhiri dgn Alhamdulillah.
  •  Supaya kita sentiasa ingat Allah SWT, supaya kita tidak takbur dengan sebarang kejayaan.
  •  Juga dapat menyejukkan hati dan membuatkan kita sentiasa positif.

Notes untuk Dz:
Seterusnya, Emira bercakap tentang James Yee dan talk yang dia dengar dari James Yee. Emira rekemen baca buku “For God And Country: Faith and Patriotism Under Fire” hasil tulisan James Yee. Kat Amazon beli online leh dapat murah je.

Kak Siti cadangkan baca novel “Isabella” dan berkaitan dengan surah di atas, bolehla try tengok Ini Kisahku Amer Munawer. Memang best. :,)


Alhamdulillah selesai. Kalau ada apa2 pembetulan atau penambahan harap kawan2 yang lain dapat betulkan atau tambahkan. Terima kasih, sangat gembira rasanya dapat usrah balik bila dah lama tak usrah. Semoga kita semua dapat pengjaran dari ayat di atas dan ingat, never give up! He knows best so teruskan berusaha, semoga kita memperoleh keberkatannya. Sekian. :)


by Farah Nadiah Faizal Tan dan Syahirah Azmi

Saturday, September 17, 2011

Hadis Imam Nawawi : Hadis 4

Tittle: Hadis 4 Imam Nawawi

Ari ni kitorg start usrah dgn cite kak siti:) kak siti jumpa ustazah Maznah (pnyampai kisah2 teladan @ IKIM FM) Ustazah Maznah start join dakwah since she was 19 (Masya-Allah). and now she is 50+ sume anak dh kahwin and ade cucu, still brdakwah. and kak siti tnye how she manage everything. and she said "Islam xperlukan kite, kite perlukan Islam' along the way, msti ade ujian and dugaan tp yg pnting is niat kite. Allah akn tlg kite but kte kna BTUL3 YAKIN pd ALLAH. if we ever feel like kte dh cukup bagus sbb kte membantu Islam, actually kite x lah sbagus yg kte think we are. sbb actually, ALlah xperlukan kite unt naikkan agama Allah. jd conclusion nye, kte kna slalu berusaha lebih unt be apart of those people yg brjuang mnaikkan nama ISLAM!
:)

Next ktorg wt hadis, which is hadis 4 Imam NAwawi ttg kejadian manusia.

Maksudnye:
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

the first pengajaran that we can get is from
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh

1400 thn dulu, kte xpenah tau ttg proses kejadian manusia. skang we know because scientists tell us. but sape yg tau sume ni before any manusia tau? ALLAH! Allah tau stiap bnde yg berlaku, even before bnde tu berlaku.and even before anybody ever kaji pn, Allah dh tau. 1400 taun dulu, mn ade saintis n technology mcm today.  tp Nabi Muhammad tau from Allah. so, Allah itu BENAR.
in this ayat gak, we can see that bkn kejap to form a human being. 9 months. so knape proses ni takes a while? knape x ehem2, then mngandung, then sok nye trus baby kuar? (xsnonoh lah nii..haha) ni pn ade hikmahnye ny dear friends.. hikmahnye is Allah nk si ibu prepare mentally and physically for baby ni. and Allah nk semaikn rase kasih syg dlm hati ibu tu unt ank die:)

second pengajaran is from this:
... dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. 

in this ayat, ade 4 perkara yg telah ditntukan oleh Allah
1) rezeki
Allah dh tentukan rezeki kte. Jd if somebody kata 'sy wt keje haram coz ini je jalan sy mncari rezeki'.  to think about it, Allah tntukan rezeki kte, xkn lah Allah nk tntukan rezeki yg xbaik unt kite kn? we are responsible of our own choices in life, because there are a lot of choices Allah bg kt dunia ni. tnggal kte je nk pilih yg mn baik unt kte. so mngapa pilih yg haram n xbaik???

2) Ajal
sume org xsuka brcakap pasal ajal. even diri sndiri pn mcm tu. kte mcm dh trbiasa klu org ckp psl mati je, kte akn ckp ' ishh..xbaiklah ckp cm tu..' or 'jgnlah ckp psl mati ni'. kte slalu trlupa yg ajal tu dh ditentukan Allah. Allah xkn mngambil nyawa seekor nyamuk pn, even sesaat awl pn,if blm smpai ms nye lg. tp actually mati can be an inspiration to keep going on and do the best we can in everything that we do today. eg: Steve Jobs (creator of Apple) he knows that he's going to die (die ade cancer) but he still akn catat all ideas ttg invention br unt Apple. he always brings his note book and terus catat whenever ideas come into his mind. kte pn kna mcm tu. kte xtau ble kte nk mati, so every second yg kte ade kt dunia ni kte kna make full use of it, and wt the best in everythng, mnyebarkn Islam, belajar, hbgn dgn family and friends..sume aspek in our lives.

3) Amal
Allah tentukan amal kte. okay, if something dh happened, itu mmg dh ditentukan. but something in the future, yg blum happen lagi, kte xblh cakap itu sume dh dtentukan. who are we to say mcm tu? let say, ade org kata' sy ditakdirkan jd pencuri, so sy mncuri lah'. blh ke ckp mcm tu? kn we are responsible for our own choices. so ble die nk wt bnde jahat tu, it's his own choice. yg dh brlaku tu, Allah tntukan. tp yg in the future, kte kna brusaha unt dptkn yg trbaik, so that ble something dh brlaku, Allah akn tntukan yg trbaik for us. (faham ke??) haha

4) Bahagia and Celaka
susah n senang is ujian Allah. if kte hadapi kesusahan, kte brsabar, if kte sng, kte kna slalu brsyukur. Allah menilai kte bkn mlalui kekayaan but ketakwaan kte. ade sahabat nabi yg miskin ni tnye nabi, if die miskin, die xkn blh brsedekah sbyk org kaya. tp nabi kta, die blh brzikir. then die tnye, tp org kaya pn blh brzikir gak, so amalan org kaya still lg byk. but nabi jawab, Allah melihat pd kualiti, not kuantiti someone bramal. kte kna bramal sbyk mungkin sbb kte xpnh tau whether amalan kte tu brkualiti ke x. so chaiyook and trus bramal scara brkualiti:)

last pengajaran is from this ayat:

 Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

here, Allah nk tells us that amaln kte akn dinilai pd akhirnye. no point that if kte slalu wt amaln and wt baik in life n at last kte wt something yg mungkar n trs msuk nraka. not to say that, kte wt jahat jelah kn, ble last2 nnti br brtaubat n wt baik. a BIG NO NO! Allah nk ajar kte kt sini yg kte kna slalu brdoa n berusaha all the time. because kte xtau ape pengakhiran kte. kte xtau future kte, kte xtau ajal kite ble. so slalulah brdoa n berusaha unt berubah mnjadi lebih baik:)

ade byk lg pngajaran, but this is all yg smpat dicatat. insyaAllah sape2 yg ade nk tmbah or betulkn kt mana2, silakn. sma2 kte blajar unt ISLAM. hope memberi pngajaran unt sume n diri sndiri insyaAllah:) renung2kn dan selamat beramal!

ISLAM IS THE WAY OF LIFE... :)

by Farah Nadiah Faizal Tan

Tuesday, September 13, 2011

Surah Al Jumm'ah dan Perang Jahilyah Moden

assalamualaikum :) sorry.. kami xtrcerita kat syira psl usrah lepas huhu.. hope outing dgn seniors went well ;) bestnye beli winter clothing x)  n dz, sorry if xtrcerita.. or ada yg dh story kat dz? :)

hm.. nk minta maaf dulu if note ni mngacau korg.. nk untag pun boleh :) sy nk recap what we learnt mse usrah lepas utk syira n dz, n utk remind diri sy sndiri..

usrah lepas kita tadabbur surah al jumu'ah, the whole surah.. kami baca 2 ke 3 ayat stp sorg, n then K Siti minta each of us pilih ayat and explain..

mungkin Fatin Athirah Amani boleh explain balik ayat 10? psl balance between ibadah khusus(solat, zikr, etc) and ibadah lain spt mncari rezeki, belajar etc.. pastu Farah Nadiah Faizal Tan elaborated more on what Fatin shared..

then Emira Soleha reflected ayat 5.. "Perumpamaan org2 yg diberi tugas mbawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya(tak mgamalkannya) adalah spt keldai yg mbawa kitab2 yg tebal....".. , Emi leh elaborate balik? :)

sy xshare pape haha xP tp mintak k siti yg explainkn ayat 2 and 3.. To explain ayat 2 and 3, k siti quote balik ayat 1.. ayat satu, Allah azzawajalla berkata yg SEMUA kat alam ni, di langit n bumi bertasbih pdNYA.. and setahu kita, antara banyak2 makhluk, makhluk mana yg paling degil? haha tentunya salah satunya is kita umat manusia.. since kita dikurniakn akal n nafsu, serta pilihan utk beriman atau kufur, boleh dikatakn kita xautomatically tasbih pd Allah stp masa..

so, dlm ayt 2, Allah sambungla.."Dialah(Allah) yg mgutuskan seorg rasul pd kaum yg buta huruf dari kalangan mereka sendiri.." (62:2)  ..Allah swt mgutuskn Rasul2 pada kaum manusia, sbg penyampai berita gembira, amaran, sbg role model, etc, utk mngigatkn umat manusia akn Allah (i.e. supaya bertasbih..). rasul juga dilantik Allah dari kalangan manusia tu sndiri spy kita tahu n sedar yg beriman pd Allah bukan bnd impossible yg only malaikat or pokok2 or haiwan yg boleh buat..tapi manusia biasa (rasul2) pun boleh benar2 beriman n bertasbih pd Allah dgn iman yg sebenar2nya, dgn izin n bantuan Allah..

and selanjutnya dari ayat 2, "..yg membacakan kpd mereka ayat2Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah(sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar2 dalam kesesatan yg nyata."(62:2) ...ha.. ni K Siti kata, kalau nk didik anak2, ayat ni ada mberi rough outline on how to do that.. apa yg ayat ni ckp? yg di'highlight boleh di simplify spt yg diterangkn naqibah kita:

Rasul telah diutuskan kepada manusia untuk :
1) membacakan kpd mereka ayat2Nya = TILAWAH / membacakan ayat
-Kalau nk dekatkn anak2 dgn Pencipta, kita bacakan pada mereka ayat2 Allah... sbb dlm Quran lah sumber rujukan utama kita, kenalkn anak2 pd hukum2 Allah straight from its source ;) and tilawah ni ada lah ciri2 n criteria2 nya, i.e.baca dgn tertib n tartil yg betul, faham apa yg dibaca n beriman dgn apa yg dibaca.."Org2 yg telah Kami beri kitab, mereka membacanya sbagaimana mestinya, mereka itulah yg beriman kepadanya...." (2:121)
 2) menyucikan (jiwa) mereka = TAZKIYAH / penyucian hati
-muslimin dan muslimah especially skrg ni hidup dkat dunia yg offers us a bowl full of temptations and opportunities to dekat dgn Allah.. the hard part today is to keep our hearts clean from temptations untuk kembali pada jahiliyyah, and the harder part is untuk bergerak kehadapan ke arah keredhaan Allah smbil upholing the banner of Islam.. tazkiyah menyucikan hati kita dari distraction etc. .. penyucian juga termasuk penyucian fizikal , a clean body and surrounding leads to a clean heart and mind, insyaAllah.. hehe ;)
3) mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah(sunnah) = TA'LIM  / memberi pelajaran
-hikmah, spt yg dikatakan K Siti, xtrbatas pada sunnah shj.. trmasuk juga prkara2 bukan sunnah, spt adab2 srt akhlak2 mulia yg telah dicerminkan dari kelakuan dn keperibadian utusan Allah itu sndiri.. hikmah2 n pengajaran dari Quran yg insyaAllah mbimbing ke hidup yg dirhadhai Allah..

so, nnt ank2 kita we bacakn Quran, sucikn hatinya n ajarkn kitab n hikmah insyaAllah ya ;) hehe

ayat 3 adalah extension pd penghujung ayat 2(refer pada Quran untuk gmbaran lebih jelas ;) ).. "....meskipun sebelumnya, mereka benar2 dalam kesesatan yang nyata"(62:2) "dan (juga) kepada kaum yg lain dari mereka yang belum berhubungan dgn mereka. Dan Dialah Yang Maha perkasa, Maha bijaksana"(62:3)

pastu K Siti elaborated further pasal Kurnia Allah and di'relate pada ayat 4 and 10.. "...dan Allah memiliki kurnia yang besar."(62:4) and "....carilah kurnia Allah, dan ingatlah Allah banyak2 agar kamu beruntung."(62:4)


n then rse2nye one of us ada tnya k Siti how's work kat bank ngr kot.. org smtg to do with dealing dgn delimma hidup skrg; practicing Islam dalam dunia yg bersistem sekular..
one of the content of the discussion was regarding kerja.. ..k Siti dh usahakn dh utk masuk division islamic banking(altho not fully islamic, insyaAllah islamic banking is the best alternative we have for now), tp xdpt. xkn nk trus quit kerja kn.. so, solutionnya kita xsekadar redha bekerja untuk yg batil, tapi gunakn ilmu yg kita ada utk berusaha PERANGI JAHILIYYAH moden.. change the sistem, or at least be amongst those who worked for it..

kalau kita berusaha ke arah membanteras kekejaman musuh2 islam, insyaAllah we're doing a big favor utk ank2 cucu cicit kita :) sbb bak pepatah melayu, sket2 lama jadi buket.. n walaupun usaha kecil kita mungkin xkn mbuah kn hasil yg significant, insyaAllah, stp prkara yg kita buat Allah acknowledge :)

akhir kata, hidup bukan sekadar untuk hidup, tapi hidup untuk yg Maha Hidup x)


hm tu je kot insyaAllah.. betulkan apa yang salah kawan2, tambah apa yg perlu, edit apa yg perlu :)

and Allah lebih mgetahui apa yg di langit dan bumi, dan segala yg di antaranya..

have a blessed week and moga bertemu di usrah minggu ni insyaAllah :D

take care :)

wassalamualaikum wbt..