Sunday, September 25, 2011

Surah Al Alaq : Ayat 1

*Notes taken by Syera:) *


Usrah hari ni kita membicarakan tentang surah Al-Alaq ayat 1-5. Surah ini merupakan surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW  juga merupakan wahyu pertama kepada baginda yang disampaikan oleh malaikat Jibrail di Gua Hira’.
Kenapa Rasulullah selalu pergi ke Gua Hira’?
Sebab masa kecil dulu hati Rasulullah SAW telah dibersihkan lalu baginda telah dihindari daripada sebarang perkara2 atau pengaruh buruk. Contohnya, ada suatu ketika baginda merasa seperti ingin mengahadiri majlis tapi ditakdirkan baginda tertidur lalu dielakkan daripada majlis berkenaan. Oleh itu, memandangkan Rasulullah SAW hidup di zaman masyarakat jahiliah, maka baginda selalu berasa tidak senang dengan perangai masyarakat di sekelilingnya. Baginda ke Gua Hira’ untuk mencari ketenangan, berfikir dan mencari solusi tentang masyarakat2 di zaman itu.

Kisah Rasulullah Menerima Wahyu
1) Menurut Aisyah r.a.,
Wahyu pertama yang mula diterima Rasulullah s.a.w. ialah yang benar
dalam masa tidur. Beliau tidak melihat satu mimpi melainkan yang dengan
jelas seperti serlahan cahaya pagi. Kemudian beliau diberi kegemaran
bersemadi di tempat yang sunyi. Beliau bersemadi di Gua Hira. Di sanalah
beliau beribadat beberapa malam lamanya sebelum beliau pulang kepada
keluarganya dan berbekal untuk itu, kemudian beliau pulang lagi kepada
Khadijah dan berbekal pula seperti itu sehingga datanglah kebenaran semasa
beliau berada dalam Gua Hira. Ia didatangi malaikat Jibril yang berkata
kepada beliau: “Bacalah!” Jawab beliau: “Aku tidak pandai membaca.” Dan
beliau bercerita: Lalu malaikat itu datang memelukku hingga membuat aku
penat, kemudian ia melepaskan aku sambil berkata: “Bacalah!” Aku
menjawab “Aku tidak pandai membaca.” Lalu ia memelukku kali yang kedua
sehingga membuat aku penat kemudian ia melepaskan aku sambil berkata:
“Bacalah” Aku menjawab: “Aku tidak pandai membaca”. Lalu ia memelukku
kali yang ketiga kemudian ia berkata:


1. (Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhan yang telah
menciptakan (seluruh makhluk).”

2. “Ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”

3. “Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah.”

  1. “Yang mengajar dengan pena.”

5. “Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”




Selepas itu Rasulullah s.a.w. kembali dengan ayat-ayat ini dalam
keadaan menggigil hingga beliau masuk ke dalam rumah menemui Khadijah
dan berkata “Selimutkan aku! Selimutkan aku!” Lalu mereka menyelimutkan
beliau sehingga hilang ketakutannya. Lalu beliau berkata: “Wahai Khadijah!
Mengapa aku jadi begini?” Kemudian beliau menceritakan kepada Khadijah
apa yang telah berlaku dan berkata: “Aku bimbang terhadap diriku.” Lalu
dijawab Khadijah: “Tidak. Senangkan hati anda. Demi Allah, Allah tidak
sekali-kali akan menghinakan anda, kerana sesungguhnya anda seorang yang
sentiasa membuat hubungan yang baik dengan kaum kerabat, sentiasa
bercakap benar, menanggung bebanan menolong orang-orang yang lemah,
sentiasa memuliakan tamu dan sentiasa menolong orang-orang yang
dilandakan bala bencana.”

Kemudian Khadijah membawa beliau bertemu
dengan Waraqah ibn Naufal ibn Mad ibn Abdul ‘Uzza ibn Qusayy iaitu
sepupu Khadijah sebelah bapanya Dia adalah seorang yang telah memeluk
agama Nasrani pada masa jahiliyah lagi. Dia boleh menulis kitab dalam
bahasa Arab dan telah menulis kitab suci Injil dalam bahasa ‘Ibrani sebanyak
yang dikehendaki Allah. Dia seorang tua yang telah buta matanya, lalu
Khadijah berkata: “Wahai sepupuku! Dengarlah cerita dari anak saudaramu
ini. Kata Waraqah: “Wahai anak saudaraku! Apakah yang engkau lihat?”
Lalu Rasulullah s.a.w. menceritakan segala apa yang dilihatnya. Kemudian
Waraqah berkata “Itulah malaikat yang diturunkan kepada Musa a.s. Aku
berangan-angan kembali muda belia, aku berangan-angan semoga aku masih
hidup sewaktu engkau diusir keluar oleh kaum engkau.” Lalu Rasulullah
s.a.w. bertanya: “Apakah mereka akan mengusirku keluar?” Jawab Waraqah:
“Ya. Tiada siapa pun yang datang membawa apa yang dibawa engkau
melainkan ia akan dimusuhi. Jika aku sempat dengan masamu, aku akan
memberi sepenuh pertolongan kepadamu.” Tetapi tidak lama kemudian
Waraqah meninggal dunia.... hingga akhir. (Hadith ini dikeluarkan di dalam
Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dari hadith az Zuhri).

2) Menurut riwayat at-Tabari dengan sanadnya dari Abdullah ibn az-
Zubayr katanya:


Sabda Rasulullah s.a.w.: Malaikat itu datang kepadaku semasa aku
sedang tidur membawa sejenis bekas dan kain beroked di mana terletak
sebuah kitab, lalu berkata: ‘Bacalah!’ Aku pun menjawab: ‘Aku tidak pandai
membaca.’ Lalu ia memelukku hingga aku sangka aku tentu mati. Kemudian
ia melepaskan aku dan berkata: ‘Bacalah!’ Aku pun menjawab: ‘Aku nak baca
apa?’ Aku jawab begitu untuk mengelak supaya ia tidak memelukku lagi
seperti tadi. Lalu ia pun berkata:
Ujar beliau: “Lalu aku pun membacanya hingga habis. Kemudian ia
beredar meninggalkanku. Aku pun terjaga dari tidurku dan aku merasa
hatiku telah ditulis satu tulisan.” Beliau bersabda lagi: “Tidak ada makhluk
Allah yang lebih tidak disukaiku dari penyair dan orang gila. Aku tidak
sanggup melihat kedua mereka” Beliau bersabda lagi: “Aku berkata:
Sesungguhnya diriku kini telah menjadi seorang penyair atau seorang gila.
Janganlah sekali-kali orang-orang Quraysy mengatakan begitu kepadaku.
Aku akan naik ke atas bukit untuk mencampakkan diriku dan membunuhnya
supaya aku rehat.” Beliau bersabda lagi: “Lalu aku keluar untuk berbuat
demikian sehingga apabila sampai di tengah bukit aku dengar satu suara dari
langit berkata: “Wahai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah dan aku
adalah Jibril.” Beliau bersabda lagi: “Aku pun mendongak kepalaku ke langit,
tiba-tiba aku melihat Jibril dalam bentuk seorang lelaki berdiri di kaki langit
seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah dan aku
adalah Jibril. Beliau bersabda lagi: “Aku pun berhenti memandang
kepadanya hingga aku tidak lagi teringat kepada tujuanku. Aku tidak dapat
melangkah ke depan dan tidak pula dapat berundur ke belakang. Aku
mengalihkan mukaku darinya melihat ke kaki langit yang lain, tetapi dari
satu arah pun yang kupandang melainkan aku tetap nampaknya. Aku terus
berdiri tidak maju ke depan dan tidak pula mundur ke belakang sehingga
Khadijah mengirim orang-orangnya mencariku sampai ke Makkah dan balik
semula, tetapi aku masih berdiri di tempatku, kemudian Jibril berundur
meninggalkanku dan aku beredar dari situ pulang kepada keluargaku”
Kisah ini diriwayatkan oleh lbn Ishaq dengan panjang lebar dari Wahb
ibn Kisan dari ‘Ubayd juga.

Apakah hakikat peristiwa ini?
1) Kenapa malaikat peluk Rasulullah SAW?
Sebab nak tunjuk yang peristiwa ini memang benar-benar berlaku dan beliau bukan bermimpi atau membayangkannya. Lagi satu, supaya untuk membuktikan bahawa Rasulullah benar2 bertemu dan berinteraksi dengan malaikat dan bukan sekadar terlihatnya.
2) Kenapa wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW?
Sebab masyarakat Mekah pada masa itu memang memerlukan dan menantikan seorang rasul untuk membimbing mereka. Rasulullah SAW telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan bumi ini. Setipa hari orang Islam menunggu apa yg ditrurunkan dari langit untuk diajar oleh Rasulullah SAW di bumi. Dengan kerasulan Rasulullah SAW, bermulalah suatu kehidupan yang berpandukan kepada asaa akidah yang benar, etc dan atas kebijaksanaan kepimpinan Rasulullah SAW dakwah Islam berkembang luas.
3) Kesan setelah kewafatan Rasulullah SAW
Ramai yang bersedih kerana semasa hayat baginda, mereka terasa hidup dipandu oleh Rasulullah SAW. Sebagai contoh:

Dari Anas r.a.. katanya: Abu Bakr telah berkata kepada ‘Umar r.a
selepas wafatnya Rasulullah s.a..w.: “Marilah pergi bersama kami ke rumah
Ummu Aiman r.a. untuk mengunjunginya sebagaimana Rasulullah s.a.w.
selalu mengunjunginya” Apabila kedua duanya datang menemui Ummu
Aiman ia pun menangis, lalu kedua-duanya berkata:
“Mengapa mak cik menangis? Tidakkah mak cik tahu bahawa balasan yang
disediakan di sisi Allah itu adalah lebih baik untuk Rasulullah s.a.w.?’ Jawab Ummu
Aiman: “Ya mak cik tahu bahawa balasan yang disediakan di sisi Allah itu adalah
lebih baik untuk Rasulullah s.a.w., tetapi mak cik menangis kerana wahyu telah
terputus dari Allah.” Perkataan Ummu Aiman itu telah mengharukan kedua-duanya
lalu kedua-duanya menangis bersama Ummu Aiman.
(Dikeluarkan oleh Muslim)

Pengajaran dari Peristiwa
Rasulullah SAW tidak pernah berputus asa. Walaupun beliau diancam dengan pelbagai dugaan namun beliau gigih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Rasul kerana beliau sentiasa percaya dengan ketentuan Allah SWT. Contohnya, merujuk pada ayat 10, surah Al-Alaq, yang menceritakan tentang Abu Jahal yang cuba melarang baginda daripada bersolat namun usahanya tidak berhasil akibat melihat seusatu yang menakutkan. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita haruslah yakin dengan ketentuan Allah SWT dan sentiasa berusaha tanap mengenal erti putus asa.

Contoh lain ialah dari kisah Nabi Yunus yang setelah berdakwah betahun-tahun lamanya tetapi dakwahnya tidak emndatangkan kesan. Lalu beliau menaiki kapal untuk meninggalkan masyarakatnya kerana beliau telah berputus asa. Semasa di dalam kapal, kapal terumbang-amabing dan beliau menjangkakan bahwa Allah SWT murka terhadap salalh seorang yang menaiki kapal itu. Lalu mereka membuat undid an setelah 3 kali ternyata beliaulah orang yang dipilih untuk dibuang ke dalam laut. Setelah dicampak ke laut, beliau telah ditelan oleh ikan paus dan terpaksa hidup dalam kegelapan perut ikan did lam kegelapan laut dalam selam berhari-hari. Semasa peristiwa ini, beliau telah bertaubat dan berserah kepada Allah SWT dan akhirnya beliau telah dimuntahkan kelaur dari perut ikan paus itu. Begitu juga dengan Nabi Musa yang tidak begitu faish bercakap namun tetap menemui Firaun untuk menyampaikan dakwahnya. Oleh itu, sebagai pengajaran, kita haruslah jangan berputus asa walau papaun cubaan yang mendatang. Kita haruslah positif kerana setipa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sekiranya kita berputus asa, lebih banyak dugaan akan menimpa tetapi sekiranya kita terus berusaha insyaAllah kita akan dibantu-Nya.

Ayat 1 Surah Al-Alaq
  •  Menerangkan bahawa segala sesuatu harus dimulakn dgn bismillah, diakhiri dgn Alhamdulillah.
  •  Supaya kita sentiasa ingat Allah SWT, supaya kita tidak takbur dengan sebarang kejayaan.
  •  Juga dapat menyejukkan hati dan membuatkan kita sentiasa positif.

Notes untuk Dz:
Seterusnya, Emira bercakap tentang James Yee dan talk yang dia dengar dari James Yee. Emira rekemen baca buku “For God And Country: Faith and Patriotism Under Fire” hasil tulisan James Yee. Kat Amazon beli online leh dapat murah je.

Kak Siti cadangkan baca novel “Isabella” dan berkaitan dengan surah di atas, bolehla try tengok Ini Kisahku Amer Munawer. Memang best. :,)


Alhamdulillah selesai. Kalau ada apa2 pembetulan atau penambahan harap kawan2 yang lain dapat betulkan atau tambahkan. Terima kasih, sangat gembira rasanya dapat usrah balik bila dah lama tak usrah. Semoga kita semua dapat pengjaran dari ayat di atas dan ingat, never give up! He knows best so teruskan berusaha, semoga kita memperoleh keberkatannya. Sekian. :)


by Farah Nadiah Faizal Tan dan Syahirah Azmi

No comments:

Post a Comment

Anda berkata..