Sunday, January 8, 2012

Usrah 8 Januari 2012


Surah An-Nahl Ayat 1-19
Assalamualaikum semua.. Jadi, hari ni usrah kitorang yang pertama untuk tahun 2012 and hopefully bukan yang terakhir J.  Kita tadabbur Surah An-Nahl ayat 1-19.
Setiap seorang daripada kita telah disuruh oleh Kak Siti untuk pilih ayat mana yang kitorang suka daripada 19 ayat ni.
Emi: ayat 14

Dan Dialah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapt memakan dagin yang segar (ikan) darinya, dan (dari lautan itu) kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai. Kamu (juga) melihat perahu berlayar padanya, dan agar kamu mencari sebahagian kurniaNya dan agar kamu bersyukur.

Kemudian Emi berkongsi sedikit tentang pengalaman kami masa berjalan-jalan di San Francisco selepas muktamar. Masa tu kami telah ke laut untuk whale-watching. Dan masa tu kami banyak berfikir ketika di tengah2 laut, macam mana Allah SWT telah menundukkan laut sehinga kita boleh berlayar di atasnya. Kalau nak ditakdirkan Allah SWT, boleh je terjadi apa2 pada kapal kami semasa di tengah2 laut yang bergelora lagi sejuk tu tapi Alhamdulillah semuanya selamat dan walaupun kami semua mabuk laut dan kesejukan bila dah lama2 berada di tengah laut tu, semuanya selamat dan sekarang kami lebih menghargai ciptaan Allah SWT dan tabik spring kat nelayan yang tiap2 hari kerja di tengah2 lautan yang bergelora.

Pengajaran daripada ayat ini ialah sebenarnya semua benda tu  Allah SWT tundukkan.  Semua yang Allah SWT cipta di atas bumi ni untuk kita, sbg bekal utk prsediaan kita utk hari akhirat.  Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT tu sampai ikan yang duduk dalam laut masin tapi dia tak masin. Dalam Sains kita blajar ikan ada sistem kawalan, dia boleh menapis air utk bagi oksigen, so ciptaan Allah SWT tu sebenarnya memang sangat2 hebat. Bila ikan tu mati barulah ia jadi masin. Dan kita sendiri  banyak belajar  daripada sistem tu utk diaplikasikan dlm khidupan seharian kita.

Syira & Farah: ayat 15
Dan Dia menancapakn gunung di bumi agar bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan DIa menciptakan)  sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.

Ini satu lagi berkaitan dengan trip selepas kami ke muktamar. Kami seramai 21 0rang daripada 5 universiti berbeza: Purdue, Minnesota, SUNY Buffalo, Drake & Syracuse telah berjalan bersama-sama ke Grand Canyon. Subhanallah, cantiknya pemandangan kat situ. Grand Canyon tu macam satu lembah yang sangat luas and macam ada gunung2 juga. Grand Canyon tu sangat luas sehingga kami tidak dapat melihat di mana penghujungnya dan hakisan-hakisan yang membentuk batu-batan Grand Canyon tu semuanya terjadi disebabkan berbagai-bagai fenomena alam. Subhanallah, sungguh teratur ciptaan Allah SWT tu. Dan lebih menarik lagi di tengah2 kawasan lembah yang kering tu mengalir Sungai Colorado, sama seperti ayat di atas. Kami stay dekat Grand Canyon sampai la matahari terbenam. Masa tu pemandangan memang sangat indah. Langit bertukar-tukar warna daripada oren kemerah-merahan ke pink ke purple, memang indah sungguh ciptaan Allah SWT tu. For pictures, sila tengok di Facebook. J Then merujuk pada ayat yang Dia mencipta jalan-jalan supaya kamu mendapat petunjuk. Dan memang la perjalanan kami jauh masa tu. Dari Grand Canyon kami bertolak pula ke Sna Francisco, memamng akgum dengan kakak2 yang drive sampai berbelas-belas jam dan tak tido sume. Memang time tu saya risau sebab perjalanan jauh sudahlah berjalan di tengaha2 malam pula melalui kawasan gurun (Route66) yang sunyi, gelap dan tidak banyak kenderaan. Masa hari hampir mencecah pagi, kami hampir terpisah waktu nak berhenti di kawasan rehat. Kesian kakak yang drive kereta yang saya naik time tu sebab dia dah letih kot, then kitorang ditakdirkan tersesat beberapa kali sebelum jumpa balik lagi dua kereta (kitorang gerak tiga kereta time tu). Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT tunjukkan jalan dan sempatlah kami berhenti untuk tido sebentar dan menunaikan solat Subuh sebelum meneruskan perjalanan. Dan Alhamdulillah perjalanan kami pergi balik semuanya selamat.

Kesimpulan daripada ayat ini ialah gunung-ganang itu memang Allah SWT ciptakan untuk menjadi pasak di bumi ini supaya bumi ini lebih kukuh. Memang semuanya yang Allah SWT cipta tu ada sebabnya. Then Kak Siti ada bertanya, semasa di Grand Canyon tu, ada tak bayang2? Memang ada sebab masa tu matahari memancar terik walauapun cuaca memang tetap sejuk, sejuk sangat sebenanya. Tapi yang penting bila ada matahari terik sememangnya adalah bayang2 tu kan. Kak Siti kata bayang2 tu sume ciptaan Allah SWT, walaupun kelihatannya bayang2 tu keluar daripada kitakan. Bayang2 bila semakin petang semakin memanjang. Bayang2 ni pun makhluk Allah dan takut pada Allah SWT. So dia menuruti hukum Allah tu mengikut apa yang Allah SWT dah aturkan. Walaupun bayang2 tu asal dr kita tp dia lg mngikut sunnatullah. Jadi kita mcm mne pula? Alam2 ini brtasbih pd Allah dgn cara dia sndiri. Alunan dia tu sesuai dgn apa yg Allah nak. Sebab tu bila kita msuk bndar hardly dpt rse ktenangan n kcantikan. Sebab tu jugaklah bila kita x mndekatkn diri pd Allah n x ikut aturan alam, kita brtentangan dgn arus n kita akn struggle n rse x tenang n susah. Jadi kita sebnarnya haruslah bersama-sama dan harmoni dengan alam tu, barulah kita merasa tenang.

Nik: ayat 1
Ketetapan Allah SWT pasti dating, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datangnya)nya. MahaSuci Allah dan Mahatinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.

Pengajaran daripada ayat ini ialah ketetapan Allah SWT tu pasti datang.  Orang2 yang berfikir  rasa takut bila Allah SWT berfirman begitu. Allah SWT berfirman jgn minta benda tu dipercepatkn. Allah SWT suruh kita berdoa, “Maha suci Allah SWT, Mahatinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. Kdg2 dlm hidup ni kita ni suka gopoh gapah dan kita suka mempersoalkan knapa bnda jd skrg atau esok ke. Semua ketetapan Allah SWT tu sebenarnya telah Allah SWT tentukan.  Ni semua mengajar kita utk mengimani apa yg Allah dah tentukn kpd kita. Allah nk mngajar kita utk mnghadapi suatu situasi kiranya tak spt yg kita rancang, utk mengajar kita menerima qada’ and qadar. Hidayah n kfahaman tu sendiri sbenanya Allah SWT yg bagi. So mcm ble bg usrah tu kdg2 surah yg susah pun org blh fham tp ada masanya ble surah yg snang pun org x fham. Tapi semuanya bergantung pada hidayah dari Allah SWT dan kita mestilah berserah pada Allah SWT bila kita dah berusaha.

Fatin: ayat 12
Dan dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmudan bintang-bintang dikendalikan dengan perintah-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar  terdapat tanda-tanda (kebesran Allah) bagi orang yang mengerti.

Fatin belajar astronomi dan kagum macam mana semua perkiraan tu leh jd accurate. Dan kita sedar bumi je manusia leh duduk. Komposisi stp planet itu berbeza, dan bumi mmg dicipta utk kita. Planet2 lain juga dicipta utk kita tp bkn utk didiami tp utk dijadikn pengajaran oleh kita. Bg mereka yg berakal dan memahami, dgn brtmbahnya pengetahuan kita ttg kjadian alam ni, dgn sekecil2 bnda dan juga sbesar2 bnda Allah SWT dah aturkan. Dah mnjadi putaran dan edaran smpai xkan brlaku prtembungan dan prlanggaran. Kalau brlaku menandakn akhirnya dunia ni, akhirat tu. Sebab tu kita kena menambah pengetahuan kita trhadap apa yg Allah ciptakan. Baru2 ni ada prbincangan antara naqibah2 kak siti, ttg apa yg kurg pd kita? Klu blh kita nk jd shebat org yg memahami kekurangan kita. Stgh org kte jmpa x yah ckp byk sgt tp dia mcm fham je masalah kita. Pstu dia kata sbenanya kita kena byk membaca. So kte kne aware, kne tahu sbb knowledge tu pnting. Kpntingan org yg tau tu lbih pnting berbanding  org yg hanya bribadah. Suatau amalan tu dterima if btul n ikhlas. Klu ikhlas je tak tau boleh jadi ibadah tu salah kan. Sbb tu kena mendalami usrah secara serius juga agar kita tahu lebih banyak.

Knapa Kak Siti bwk ayat ni:
Mulanya, nak mengatakan ketetapan Allah tu sgt2 relate dgn diri kita. Mcm mne kita dah plan utk pegi ke alam sterusnya? Kte dah prepare ke bekalan yg cukup? Dah lakukan apa yg kite patut lakukan sblum kita mati? Dan setiap benda klu kita punya matlamat kita takkan melakukan bnda2 yg tak mndtgkn manfaat kpd kita klu kte tau esok kita akn mati. Manusia ni mmg tabii’nya bila dia x nmpak bila bnda nk brlaku dia akn mngandaikn dia mcm jauh lg dari kematian, etc. Sebab tu kalau boleh kena sentiasa beringat dan bersedia.  Dan kdg2 kita harap brlaku A, jadi B n ble hope B jadi C. Kdg2 bila kita lihat balik sbenanya susunan Allah tu mmg cntik la. Sbb klu x jd A, maybe kte xkn jmpa B or if x jd B, kte mngkin xkn penah merasa apa tu C. Semuanya Allah SWT dah susun dengan cantik untuk kita.

Macam dalam ayat kedua tu diceritakan the reason why we are here is for us to rmember Allah dan bertakwa kepadanya. Ble kte igt psl ni kita akn pegi pd solusi yg trbaik dlm apa jua masalah dlm khidupan kita.  Tpbila takwa x jd paksi pd khidupan mcm2 bnda yg kluar daripada landas yg sebenar.
Dlm masyarakat kita sendiri byk yg kte pertikaikan cthnya kononnya perempuan Islam oppressed.
Kte kne tgk sbenanya bnda tu dah sgt cntik Allah susunkan, dan Allah SWT dah tetapkn sesuatu tu seperti itu kerana ada sebabnya dan itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya.

Kdg2 kita rse kita tau macam2. Kadang2 kita igt kte kne carik org or carik buku2 utk carik ktenangan.
Tp sbenanya kita kena faham kekuasaan Allah dulu, knapa sessuatu trjadi, knapa Allah menyuruh kita utk kita redha, tu lah yg mnjadikn diri kita redha. N then kdg2 kita igt kte luahkn kat org hati akn tenang
Actually kne goes back to Allah sbenanya. Psl akidah kita sbenanya kita kena betulkan dulu sebenanya. Sebab setiap yg berlaku tu pasti ada sebabnya dan kepada-Nyalah kita harus kembali.

Kesimpulannya, setiap kejadian alam ini mengajar kita untuk berfikir dan lebih mengenal Rabb kita. Pada masa yang sama kita jadi lebih dekat dengan-Nya dan tak kira apapun yang berlaku dalam hidup kita ni kita haruslah kembali pada-Nya. Oleh itu, Syira doakan agar kita semua kuat menghadapi tahun baru ni, tak kira apa juga dugaan dan cabaran semoga itu semua kan lebih menguatkn kita dan mendekatkan kita pada-Nya. Dan semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah.  Syira doakan korang semua dapat enjoy usrah dengan kakak usrah masing2 yang baru tapi at the same time, Kak Siti memamg tetap di hati forever. <3 InsyaAllah kita akn berjumpa lagi nanti di next usrah. Terus hidupkan blog ni. Terus update blog ni dgn info2 drpd usrah msg2 semoga kita semua dpt berkongsi dan mendapat manfaat daripadanya. And to Kak Siti, thank you very very very much for everything. Terima kasih sbb dgn izin Allah SWT telah menyelamatkan jiwa2 kami ini daripada kealpaan dan telah mengenalkan kami pada dunia usrah yang indah ni. This is not farewell speech, this is not goodbye, this is just a token of appreciation from all of us, for all these years, and all that we have been through. And enjoy the song. Tajuk dia "Bersama" by Devotees. Ukhwah fillah.


2 comments:

Anda berkata..