Sunday, December 18, 2011

Surah an-nisa dan ghazwatul fikr

Assalamualaikum.. Salam Maal Hijrah buat semua..


Usrah hari ni 1 Muharrah 1433 Hijrah


Buat Nik, Farah and Dz yang tidak dapat turut serta, harap notes ni membantu. Topik menarik hari ni sempena Maal Hijrah.

Usrah hari ni kita membincangkan tentang Surah An-Nisa’ surah no. 4 (ayat 116-121). Kak Siti mulakan dengan menyebut beberapa nama orang-orang terkemuka di seluruh dunia yang telah mendapat hidayah dan memeluk Islam. Contohnya seperti Loon (penyanyi Afrika Amerika yang terkenal dengan lagu I Need a Girl. Selain itu, Nicholas Anelka, asalnya pemain Arsenal and Real Madrid dan sekarang ni adalah pemain Chelsea. Anelka dapat emasa ikut emirates Arab bersatu dan tambahan dia membesar di kalangan orang Islam. Mike Tyson, seorang peninju yang masuk Islam ketika dalam penjara. Richard Thompson juga telah mendapat hidayah memeluk Islam. Dana natara yang menarik juga ialah seorang pemain bola sepak Korea Selatan Lee Woon Jae (harap2 betul ejaan. Emi, btul tak?). Dia ketika bermain dan menyertai mana2 perlawanan bola sepak beliau tidak pernah meniggalkan puasa atau solat. Menurut beliau, rakyat Korea semakain ramai mula mempelajari Islam termasuk rakan-rakannya sendiri dan mereka sangat menghormati and boleh tolerate dengan orang Islam.


So, kesimpulannya, hijrah mereka menjadikan mereka hidup mereka rasa lebih bermakna dan ini juga membuktikan sebenarnya peluang berdakwah itu ada di mana-mana dan boleh melibatkan orang dalam mana2 industri pun termasuk industri hiburan. Subhanallah.


Jadi, merujuk kepada Surah An-Nisa’ ayat 116:

Allah tidak akan mengampuni dosa syirik ( mempersekutukan Allah dengan sesuatu), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah,maka sungguh dia telah tersesat jauh sekali.



Kak Siti ada menyentuh tentang Ghazwatul Fikr, yang bermaksud perang pemikiran atau perang saraf. Perang ini bukanlah perang yang sebenar tapi lebih kepada psikologi. Dan perang ini sebenarnya telah bermula semenjak zaman Nabi Adam S.A.W. lagi.


Merujuk Surah Taha (surah no. 20) ayat 120:

Kemudian setan membisikkan (fikiran jahat) kepadanya dengan berkata, “Wahai Adam! Maukah aku tunjukkan kepadamu phon keabadian (khuldi) dan kerajaan yang tidak akan binasa?”


Allah SWT telah melarang Nabi Adam daripada mendekati pokok tersebut namun syaitan telah berusaha memanipulasiakn pemikiran mereka, sepertimana yang syaitan janjikan kepada Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ ayat 118-120:



….“Aku pasti akan mengambil bahagian tertentu dari hamba-hambaMu. Dan pasti akan aku sesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, dan akan kusurh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (lalu mereka benar-benanr memotongnya), dan akan kusuruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya)”. Barangsiapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh, dia menderita kerugian yang nyata. (Setan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal setan itu hanya menjanjikan tipaun belaka kepada mereka.


Syaitan memperdayakan Adam dengan mengatakan bahawa Adam tidak akan dapat hidup lama di syurga kerana hanya malaikat yang akan hidup lama. Maka sekiranya Adam ingin hidup lama, Adam haruslah mendekati pohon tersebut. Namun, keimanan Adam sangat kuat dan Adam tdiak terpedaya dengan pujuk rayu syaitan itu. Maka syaitan beralih strategi dengan mendekati Hawa, dan akhirnya syaitan berjaya membuatkan kedua-duanya terpedaya dan mengikut telunjuk mereka.


Jadi hal ini bolehlah kita relate dengan diri sendiri. Rujukan yang paling dekat dengan kita adalah Al-Quran. Namun dalam masyarakat sekarang tidak ramai yang menghafaz atau benar-benar mendalami Al-Quran. Jadi sekiranya ada orang kafir yang ingin memanipulasi Al-Quran seperti menambah surah atau mengeluarkan sebahagian surah kita mungkin tidak akan sedar dan senang dipesongkan atau diselewengkan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita sudah terlalu jauh daripada Al-Quran. Dalam zaman sekarang ini, kita mungkin sudah menjadi mangsa keadaan, terpaksa mengikut keadaan sekarang. Malahan apabila ada antara kita yang cuba memeberi komitmen lebih kepada agama maka akan dicop sebagai pelampau agama dan sebagaianya. Ini semua merupakan kesan daripada Ghazwatul Fikr yang tleh dirancang oleh masyarakat barat ataupun orang kafir.



Jadi, untuk melawan atau menentang Ghazwatul Fikr(perang pemikiran) yang dirancang mereka, kita haruslah terlebih dahulu memahami objektif mereka. Sekiranya kita faham lebih mudah bagi kita untuk melihat dan menentang obejektif mereka. Objektif utama orang kafir adalah:


Mereka ingin mengeluarkan orang Islam daripada Islam tanpa memerlukan orang Islam untuk menukar agama mereka kepada agama lain.


Contohnya dapat kita lihat dalam masyarakat sekarang. Berapa ramai antara kita yang ber gelar Muslim tapi berkelakuan yang tidak melambangkan seorang Muslim malah banyak terpengaruh dengan budaya-budaya luar. Sungguhpun mereka beragama Islam, namun keadaannya tidak sperti penganut Islam. Macam yang disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 120:


Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk(yang sebenarnya)”.Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu(kebenaran) sampai kepadamu, tidak aka nada bagimu pelindung dan penolong selain Allah SWT.


Oleh itu, orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak meminta kita menukar agama tetapi mereka inginkan kita mengikuti cara hidup mereka. Dalam ayat tersebut, “milat” bererti cara hidup dan bukannya agama. Segala usaha dilakukan untuk mempengaruhi kita seperti membuat kita tertatik untuk berpakaian seperti mereka, bercakap seperti mereka dan menyukai apa sahaja yang mereka lakukan, sperti pergaualan bebas. Turkey sebagai contoh, telah menjadi sebuah Negara yang secular dan cuba untuk mengikuti gaya hidup barat namun hakikatnya mereka tidaklah dapt mencapai kemajuan sperti masyarakat barat kerana mereka bukan mengikut barat dar segi yang betul sperti kemajuan teknologi misalanya tetapi lebih kepada cara hidup yang kebaratan. Maka orang2 kafir telah berjaya mengubah perspektif kita mengikut acuan mereka.


Selain itu, banyak lagi contoh yang kita dapat lihat dalam masyarakat sekarang. Misalnya, drama-drama atau filem2 Melayu yang ditayangakn pada zaman dahulu banyak melambangkan kesopanan dan sikap sopan santun namun berbeza dengan sekarang banyak yang menayangkan adegan-adegan yang berani dan kurang sopan serta mengeksploitasi wanita untuk berpakaian seksi seperti wanita-wanita di barat. Dengan ini, perang saraf yang dilakukan masyarakat barat semakin berhasil. Mereka juga dikatakan meluaskan pengaruh dengan 5F (Food, Female, Fashion, Fun, Facebook) dan 4S (Songs, Screen(movies), Sex, Sports). Semua pengaruh ini boleh mendatangkan kesesatan kepada kita. Mereka merwar-warkan melalui medium-medium ini yang kononnya kehidupan sperti mereka adalah yang paling indah dan menarik. Kadangkala masyarkat Ilsam dilabel sebagai kolot, konservatif atau oppressed. Contohnya, wanita Islam dikatakan oppressed kerana selalu harus taat pada suami dan dipaksa berpakaian mengikut cara Islam yang sangat konservatif dan tidak member hak kebebasan kepada wanita. Namun, pada masa yang sama, kita kadangkala seakan-akan tidak sedar bahwa masyarakat barat ini sendiri sering mengeksploitasi wanita contohnya mempergunakan wanita seksi untuk menarik lelaki membeli kereta dan sebagainya melalui iklan mereka. Maka adakah wajar wanita Islam dituduh oppressed sekiranya mereka sendiri tidak melayan wanita mereka dengan cara yang sepatutnya? Di samping itu, masyarakat Islam yang cuba mengikuti cara hidup Islam sendiri sering terkeliru dan turut membawa masuk pengaruh barat contohnya, wanita Muslimah dalam berpakaian. Walaupun pakaian meutup aurat dan memakai tudung namun masih ramai yang berpakaian menampakkan aurat atau bentuk tubuh dan hal ini adlah tidak selari dengan cara Islam sebenar. Malah, fesyen2 Islam yang dikeluarkan di pasaran juga semakin secular dang mengikut pengaruh barat.


Satu lagi cara mereka menyebarkan pengaruh adalah melalui empayar perniagaan dan media massa. McDonals dan Starbucks, misalnya, terkenal di serata dunia dan ramai yang merasa gah sekiranya dapat menikmati makanan dan minuman daripada restoran-restoran berkenaan sedangakan kadangkala makanan2 itu adalah tidak berkhasiat. Namun disebabkan brand orang masih membeli. Sedangkan McD hakikatnya boleh menyebabakan obesity, namun melalui iklan hakikat itu disembunyikan. Mereka juga telah membeli banyak syer dalam syarikat-syarikat terkemuka dan mengambil alih banyak media. Dengan cara ini lebih mudah bagi mereka untuk meluaskan pengaruh dan menarik orang Islam untuk mengikuti cara mereka, tambahan pula apabila kita banayak menggunakan produk-produk mereka dan menononton atau membaca filea atau buku-buku mereka. Maka, dengan ini, kita dapat lihat betapa hebatnya perang saraf mereka dan bagaimana secara perlahan-lahan mereka mula mempengaruhi kita dan membawa kita jauh dari Islam yang sebenar.


Jadi, bagaimanakah untuk kita menentang Ghazwatul Fikr(serangan pemikiran) yang dirancang orang kafir ini?


Jawapannya adalah melalui Al-Quran. Sebelum Rasulullah S.A.W. wafat, baginda telah meninggalkan dua petunjuk buat kita iaitu Al-Quran dan hadis. Maka kita haruslah berpegang dengan Al-Quran agar tidak terus jauh tersesat. Sebab sekarang ni pun kita masih sangat jauh daripada Al-Quran dan tafsir yang kita belajar pun masih sedikit. Sebenarnya setiap orang itu ada je kelebihan atau kebolehan untuk mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Untuk orang biasa, sekiranya mereka menghafaz satu ayat sehari dalam masa 6 ke 8 tahun mereka boleh habis menghafaz satu Al-Quran. Cuma usaha ini memerlukan komitmen, konsistensi dan kesungguhan. Sedangakn orang tua juga boleh menghafaz Al-Quran apatah lagi orang2 yang masih muda dan masih berkembang otaknya. Dan menghafaz Al-Quran juga sepatutnya tidak menjadi penghalang walaupun kepada mereka yang masih merangkak atau susah untuk membaca Al-Quran. Kerana ada disebut dalam hadis Nabi S.A.W., terdapat dua pahal bagi orang yang berusaha membaca Al-Quran walaupun menghadapi kesulitan:


1) Pahala sebab mencuba


2) Pahala sebab dia menghadapi kesusahan dalam membaca Quran tersebut



Kesimpulannya, kita haruslah terus berusaha dan tidak boleh menghalang diri kita daripada membaca Al-Quran walaupun susah bagaiamana sekalipun. Sekiranya kita ada usaha untuk hafal, insyaAllah Allah SWT akan tolong. Yang penting, kita haruslah percaya pada diri kita sendiri dan sentiasa berusaha memeperbaiki kelemahan dalam pembacaan kita. Dan kita juga haruslah istiqamah dan menjaga supaya kita tidak lupa apa yang kita telah hafaz. Salah satu cara untuk lebih mudah ingat adalah dengan mengajarkan kepada orang lain apa yang kita telah belajar.

Apabila kita lihat masyarakat Islam zaman dahulu misalnya, mereka telah diajar untuk menghafaz Al-Quran sejak kecil dan apabila mereka telah dewasa mereka mula belajar tajwid, hadis dan sebagainya. Namun pada zaman ini hanya mereka yang dihantar ke sekolah tahfiz yang belajar Al-Quran seperti itu dan even mereka ini pun tidak semua benar2 mengamalakan apa yang mereka pelajari.



Pernah ada seorang kawan Kak Siti yang berkunjung ke Turkey pernah terlihat seorang pemandu teksi yang membaca “Bismillah” sebelum meminum vodka (sejenis arak). Maka si kawan tadi bertnaya kepada pemandu teksi kenapa dia membaca “Bismillah” sebelum minum arak. Maka jawab si pemandu teksi, “inilah ‘rhythm’ yang emakanya selalu baca sebelum mereka sekeluarga makan dan minum”. Hal ini menunjukkan bahawa apabila kita jahil, maka walaupun kita tahu sesuatu tentang Islam itu, tetapi boleh disalahguna. Contohnya, dengan menyebut nama Allah SWT sebelum melakukan sesuatu yang dilarangnya. Oleh itu, untuk kita menentang Ghazwatul Fikr dan pengaruh barat itu sendiri, harulah kita mulakan dengan menuntut ilmu dan mendalami Al-Quran agar kita tidak mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan dan orang kafir, InsyaAllah. J
 

Salam Maal Hijrah again baut semua dan semoga lebih bersemangat melangkah ke tahun baru, insyaAllah moga2 tahun ini dipermudahkan segalanya kepada kita semua. Amin.

By Syahirah Azmi

No comments:

Post a Comment

Anda berkata..